Friday, January 29, 2010

Moving

Wah, selepas 8 jam perjalanan, akhirnya sampai juga saya di dunia metropolitan KL ini kira-kira jam 1800 tadi. Yeay! Kalau tidak disebabkan kesesakan yang berlaku di bandar-bandar yang kami (Abah, Ummi, A.Lah, saya) lalui, pasti kami akan tiba sejam lebih awal. Namun, tidak mengapa asalkan kami selamat sampai di sini walaupun Abah memecut keretanya mengalahkan pemandu Ferrari, malah kami hampir melanggar sebuah kereta Proton Wira di hadapan kami. Kalau terlanggar, alamatnya beraya di hospitallah 'Chinese guy' tu. Kesian. ): Sebaik sahaja sampai, Abah membelikan kami Nasi Kukus Ayam Dara (sedapnya! esok beli lagi ye :D) memandangkan kami 'berdiet' sepanjang perjalanan. Hebat (: Sebenarnya, tujuan kami ke sini hanyalah kerana ini (Lihat di bawah).

 
A. Asib dengan majunya meng'upload' imej ini ke Facebook dengan 'caption' arissa memerlukan pertolongan dari pakcik makcik.. jgn lupa sabtu nie pukul 9 pagi!! dan men'tag' kesemua pak cik dan mak cik Batrisyia. Begitulah dunia. Jadi, berangkatlah kami ini untuk menghulurkan tangan demi meringankan beban mereka. (macam Bersamamu pulak). Tak sabar menunggu hari esok dan menjadi buruh sambilan. HAHA!

No comments: