Saturday, January 23, 2010

Boredom: the desire for desires

I'm dying of boredom man!
HAHA!
;)

Yang menjadi tanda tanya, semua orang begitukah? Maksud saya semua lepasan SPM akan menjadi begitu bosan kerana mereka tidak berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Dan saya tahu itu semua bergantung kepada individu kan?

Saya tahu hanya inilah masa...

1. yang paling lama anda akan berada di rumah sementara mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS/universiti di luar negara.
2. untuk anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
3. untuk anda menjadi surirumah berjaya.
4. untuk melakukan apa sahaja yang anda inginkan tanpa memikirkan apa-apa keran tiada batasan waktu ataupun hal-hal yang lebih penting yang perlu diselesaikan.
5. untuk anda melayan ‘movie marathon’ ataupun membaca novel-novel yang sudah lama anda inginkan.
6. untuk anda menimba pengalaman bekerja sebagai seorang pelayan di restoran contohnya sebelum anda menjadi memegang jawatan penting di mana-mana syarikat.
7. untuk anda menyertai kelas-kelas yang memberi manfaat kepada anda.
8. untuk anda bergembira bersama rakan dan teman sebelum anda jauh terpisah dengan mereka.

Ya, saya tahu!

Dan,
Ya, saya gembira

1. berada di rumah.
2. bersama keluarga.
3. sudah berbuat demikian dan akan teruskan ‘kerjaya’ saya itu.
4. Jika dapat melakukannya tetapi apa?
5. untuk melakukannya tapi tidak seronok untuk melakukannya sendirian. Saya perlu teman. Itu sahaja.
6. kalau kawan-kawan saya bekerja tapi saya sangat malas untuk bekerja buat masa sekarang.
7. kalau saya tidak menyusahkan orang lain dengan penyertaan saya dalam mana-mana kelas yang saya sertai.
8. untuk bersama mereka tetapi keadaan dan masa tidak mengizinkan. Mungkin suatu hari nanti.

Konklusinya,
Sudah hampir dua bulan,
Saya GEMBIRA+SEDIH+BOSAN+DIHARGAI+PENAT+DIMANFAATKAN+TENANG++



Anda pula bagaimana? (:

4 comments:

lisa lahhh said...

saya pun begitu juga.
tak blaja drive?

:asna: said...

ouh blaja la
skrg, ke klas dgn zule'
:D

lisa lahhh said...

wow. yeah zule' told me abt d class.
best2 :)

:asna: said...

ouh oke
bt then, she dun evn rmmbr dat she did tell u.
HAHA!