Wednesday, October 6, 2010

Luahan rasa

Kejayaan. Bukan itu yang saya impikan. Saya tahu pandangan tipikal manusia orang yang berjaya adalah orang yang mencapai kejayaan. Mungkin benar. Mungkin tidak. Bergantung kepada penilaian dan perhitungan masing-masing. Saya hanya mendambakan sebuah kebahagiaan. Kerana kebahagiaan sahaja yang akan membawa kepada kejayaan dan begitu juga sebaliknya. Dua elemen yang sangat penting dalam kehidupan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Namun, dalam mengejar kebahagiaan pasti terselit kesengsaraan, keperitan, kekecewaan, kedukaan, dan segala perasaan negatif yang akan menguasai diri. Lantas, hati mula menyerah sedangkan minda masih lagi mampu bangkit untuk melawan selagi terdaya secara luaran mahupun dalaman. Optimis dan berfikiran positif amatlah perlu dalam menangani segala kesulitan dan kesusahan. Percayalah, itu hanyalah satu cabaran yang menjadikan lebih kuat untuk terus melangkah maju ke hadapan.

Kini, saya tidak akan menyerah kalah untuk mengejar kejayaan sekaligus mencapai kebahagiaan hakiki. Namun harus saya ingat kejayaan bukanlah sesuatu yang selalu berada di aras paling tinggi. Hanya pertolongan Dia yang saya pinta dan restu ibu bapa yang saya inginkan agar segalanya sempurna. Luahan ini penuh makna, bukan untuk suka-suka. Malah, luahan ini ditujukan kepada semua yang sudi membaca kerana saya insan biasa. Saya miliki hidup yang berliku-liku sama seperti apa yang anda alami. Saya mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua dan saya mengharapkan anda melakukan perkara yang sama. Hanya ini yang mampu membuatkan saya tersenyum (:



No comments: